Terma dan Syarat Program Bonus Alu-aluan
1. Takrifan
1.1. Bagi tujuan Terma dan Syarat Program Bonus Alu-Aluan ini (selepas ini dirujuk sebagai “Terma”), takrifan berikut akan diguna pakai:
"Program Bonus Alu-Aluan” (selepas ini dirujuk sebagai “Program”) bermakna program promosi yang merangkumi dua tawaran berkaitan kepada Pelanggan:
(a) tawaran pertama memerlukan Pelanggan membuat deposit dana sebenar dan memasukkan kod promosi yang sah semasa transaksi deposit, yang akan mewujudkan sejumlah dana maya (selepas ini dirujuk sebagai “Bonus”) dikreditkan ke dalam akaun Pelanggan yang jumlahnya berdasarkan nisbah yang telah ditetapkan;
(b) tawaran kedua bermula selepas deposit dan Bonus dikreditkan, yang memberikan Pelanggan hak untuk melaksanakan satu tugasan dagangan (selepas ini dirujuk sebagai “Tugasan”), yang melibatkan pencapaian volume perdagangan tertentu yang dikira berdasarkan gandaan daripada jumlah Bonus yang dikreditkan (selepas ini disebut sebagai “Jumlah Sasaran”), setelah Tugasan diselesaikan, Pelanggan layak menerima ganjaran wang sebenar (selepas ini dirujuk sebagai “Ganjaran”).
"Bonus Deposit" atau "Bonus" bermakna dana maya yang dikreditkan ke akaun Pelanggan apabila kod promosi sah digunakan semasa transaksi deposit dalam dalam rangka kerja Program, yang memberi peluang kepada Pelanggan untuk mengambil bahagian dalam Tugasan dan menerima Ganjaran apabila Tugasan berjaya dilengkapkan.
"Dana maya" — dana yang tidak boleh dikeluarkan, dikreditkan ke akaun Pelanggan dan hanya boleh digunakan untuk tujuan perdagangan di laman web Syarikat atau platform perdagangan Syarikat.
"Tugasan" — objektif volume perdagangan (Jumlah Sasaran) jumlah yang dikira dengan mendarabkan jumlah Bonus yang dikreditkan dengan gandaan tertentu. Tugasan diberikan kepada Pelanggan sebaik sahaja Bonus diterima.
"Ganjaran" — jumlah tetap dalam bentuk dana sebenar yang dikreditkan ke akaun Pelanggan setelah Tugasan berjaya diselesaikan. Ganjaran tersedia untuk pengeluaran penuh.
Bonus bukan wang sebenar dan tidak boleh dikeluarkan. Ganjaran hanya akan dikreditkan selepas Tugasan berjaya diselesaikan.
2. Peruntukan Umum
2.1. Terma ini mengatur syarat-syarat penyertaan dalam Program Bonus Alu-aluan, termasuk cara pemberian, penggunaan, dan pembatalan bonus, serta prosedur untuk mendapatkan Ganjaran.
2.2. Bonus diberikan apabila Pelanggan memasukkan kod promosi yang sah semasa Pelanggan membuat deposit di laman web Syarikat atau platform dagangan Syarikat dan jumlah deposit telah dikreditkan ke akaun Pelanggan. Jumlah Bonus bergantung kepada syarat kod promosi yang digunakan serta jumlah deposit yang dibuat. Selepas kod promosi dimasukkan dan jumlah deposit ditetapkan, Pelanggan boleh melihat jumlah Bonus yang diterima di bahagian Deposit.
2.3. Setelah Bonus dikreditkan kepada Pelanggan, Tugasan akan diberikan secara automatik kepada Pelanggan.
2.4. Apabila Tugasan berjaya diselesaikan sepenuhnya, ganjaran akan dikreditkan ke dalam akaun Pelanggan sebagai dana yang boleh dikeluarkan. Bonus tidak lagi boleh digunakan dalam perdagangan dan akan disingkirkan daripada akaun Pelanggan.
2.5. Hanya satu Bonus boleh diaktifkan bagi setiap Akaun Pengguna pada satu-satu masa. Bonus tidak boleh dipindahkan atau diberikan kepada mana-mana akaun lain.
2.6. Kecuali dinyatakan sebaliknya dalam bahagian “Buka Kunci Ganjaran Anda”, Program Bonus Alu-aluan, termasuk bonus dan juga Tugasan yang berkaitan sah selama tiga puluh (30) hari kalendar dari tarikh Bonus dikreditkan ke akaun Pelanggan.
3. Penggunaan Bonus
3.1. Bonus hanya boleh digunakan untuk perdagangan dengan:
• Mod Fixed Time trading;
• Mod Flex trading.
3.2. Bonus dan dana milik Pelanggan akan digabungkan dalam satu baki dagangan, namun, nisbah tetap antara dana sebenar dan bonus akan ditentukan pada masa Bonus dikreditkan dan akan kekal sama walaupun terdapat deposit tambahan.
3.3. Setiap operasi perdagangan dilaksanakan menggunakan Bonus dan juga dana Pelanggan mengikut nisbah yang telah ditetapkan. Keuntungan dan kerugian diagihkan mengikut nisbah yang sama.
Contoh:
Jika Pelanggan mendepositkan USD 100 dan menerima Bonus USD 50, maka nisbah dana kepada bonus adalah 67% (dana Pelanggan) dan 33% (Bonus). Dalam satu dagangan bernilai USD 10, sebanyak USD 6.70 diambil daripada dana Pelanggan dan USD 3.30 daripada Bonus.
3.4. Jika untung, keuntungan akan diagihkan mengikut nisbah yang sama antara Bonus dan dana Pelanggan. Jika rugi, kerugian juga diagihkan mengikut nisbah tersebut. Sebarang keuntungan daripada bahagian Bonus akan ditambahkan ke dalam Bonus dan tidak boleh dikeluarkan. Bonus termasuk keuntungan ini hanya meningkatkan baki akaun Pelanggan secara maya dan membolehkan dagangan berskala lebih besar pada laman web Syarikat atau dalam Terminal Perdagangan, tetapi ia bukan dana sebenar yang boleh dikeluarkan.
3.5. Jika Pelanggan mendepositkan dana tambahan ke akaun dengan Tugasan aktif, jumlah Bonus tidak berubah dan tiada Bonus baru akan diberikan. Nisbah dana kepada bonus asal akan terus digunakan untuk semua dagangan seterusnya.
3.6. Dagangan hanya dilaksanakan jika Pelanggan mempunyai jumlah dana sebenar yang mencukupi untuk memenuhi nisbah tetap antara dana dan bonus. Jika dana sebenar Pelanggan tidak mencukupi untuk menampung jumlah dagangan yang diingini, sistem mungkin akan menghalang dagangan tersebut daripada dilaksanakan. Walau bagaimanapun, jika dana sebenar Pelanggan berkurang atau jatuh di bawah jumlah yang diperlukan untuk terus berdagang atau mencecah sifar, Tugasan tetap dianggap sah dan kemajuannya akan disimpan. Pelanggan masih berhak untuk menyelesaikan Tugasan dan menerima Ganjaran dengan menambah dana untuk menyambung aktiviti perdagangan mengikut Terma yang ditetapkan ini.
3.7. Jumlah bonus boleh berkurang akibat dagangan yang tidak berjaya dan boleh meningkat jika terdapat keuntungan yang diperuntukkan kepada bahagian Bonus seperti dinyatakan dalam Klausa 3.4. di atas. Akibatnya, nilai bonus boleh melebihi nilai asal yang dikreditkan. Walau bagaimanapun, Bonus, termasuk apa-apa peningkatan, tetap tidak boleh dikeluarkan dan hanya boleh digunakan untuk tujuan perdagangan seperti yang ditetapkan dalam Terma ini.
3.8. Jika jumlah Bonus mencapai sifar, ia tidak lagi digunakan dalam dagangan seterusnya dan tidak boleh ditingkatkan semula. Namun, Tugasan kekal aktif dan Ganjaran masih boleh diperoleh jika tugasan berjaya diselesaikan.
3.9. Dana bonus tidak diterima sebagai pembayaran untuk pembelian, langganan atau perkhidmatan di laman web Syarikat atau platform perdagangan Syarikat; hanya dana sebenar Pelanggan yang boleh digunakan untuk membuat pembelian.
4. Penyelesaian Tugasan dan Ganjaran
4.1. Tugasan adalah untuk mencapai jumlah volume perdagangan tertentu, yang dikira berdasarkan jumlah Bonus didarab dengan pekali tetap. Pelanggan tidak diwajibkan untuk menyelesaikan Tugasan ini. Keputusan untuk tidak meneruskan Tugasan tidak dianggap sebagai pelanggaran Terma, namun, Pelanggan akan kehilangan hak untuk menerima Ganjaran.
Jumlah Ganjaran telah ditetapkan dan akan dipaparkan kepada Pelanggan apabila bonus dikreditkan ke akaun Pelanggan. Dengan menerima terma Perjanjian Perkhidmatan, Pelanggan mengakui bahawa jumlah Ganjaran akhir: (i) diketahui pada masa Bonus diberikan; (ii) tidak akan berubah kemudian; (iii) tidak bergantung kepada untung rugi dalam aktiviti perdagangan Pelanggan. Kejayaan aktiviti perdagangan Pelanggan dan baki Bonus tidak mempengaruhi jumlah Ganjaran.
4.2. Hanya dagangan jFixed Time dan Flex Trades yang dilaksanakan dalam akaun dengan Bonus aktif akan diambil kira untuk penyelesaian Tugasan, tanpa mengira keberuntungan dagangan tersebut.
4.3. Operasi perdagangan berikut tidak akan dikira dalam kemajuan Tugasan:
• Dagangan Forex;
• Pesanan tertangguh;
• Dagangan Stocks;
• Dagangan bebas risiko;
• Dagangan yang ditutup tanpa hasil.
4.4. Apabila volume perdagangan yang ditetapkan berjaya dicapai, Pelanggan akan menerima Ganjaran dalam bentuk dana sebenar yang akan dikreditkan secara automatik ke akaun Pelanggan.
4.5. Selepas Ganjaran dikreditkan, Bonus akan dibatalkan dan dikeluarkan daripada akaun Pelanggan.
4.6. Pelanggan boleh menyemak jumlah sasaran yang diperlukan untuk melengkapkan Tugasan dan memantau kemajuan mereka melalui bahagian "Buka Kunci Ganjaran Anda" dengan memilih bar kemajuan penyelesaian Tugasan yang terletak di bahagian Akaun.
5. Pembatalan Program Bonus
5.1. Penyertaan Pelanggan dalam Program Bonus boleh ditamatkan dalam situasi berikut:
5.1.1. Pelanggan membuat permintaan pengeluaran daripada akaun yang mempunyai Bonus dan Tugasan aktif;
5.1.2. Tempoh sah Tugasan tamat sebelum Tugasan diselesaikan;
5.1.3. Pelanggan memindahkan dana dari akaun dengan Bonus dan Tugasan aktif ke akaun lain;
5.1.4. Pelanggan membatalkan Tugasan secara manual dalam bahagian "Buka Kunci Ganjaran Anda" kerana Pelanggan memilih untuk tidak melengkapkan Tugasan.
5.2. Jika Program Bonus dibatalkan atas mana-mana sebab di atas dalam Klausa 5.1.1–5.1.4 di atas, semua kemajuan Tugasan akan terpadam secara kekal dan tidak boleh dipulihkan.
5.3. Pelanggan boleh membatalkan Program Bonus dan membuang Bonus daripada akaun mereka pada bila-bila masa sebelum Tugasan diselesaikan, seperti dalam Klausa 5.1.4. Terma. Dalam kes ini, sebarang kemajuan dalam menyelesaikan Tugasan juga akan hilang. Walau bagaimanapun, pembatalan Program Bonus tidak menghalang Pelanggan daripada mengeluarkan baki dana sebenar yang tersedia dalam akaun mereka, tertakluk kepada terma pengeluaran biasa.
5.4. Setelah Pelanggan berjaya menyelesaikan Tugasan dan mencapai Jumlah Sasaran, Ganjaran akan dikreditkan ke akaun Pelanggan dan Bonus akan dikeluarkan daripada akaun Pelanggan mengikut Terma ini.
6. Peruntukan-peruntukan Akhir
6.1. Terma ini perlu ditafsir bersama dengan Perjanjian Perkhidmatan dan dasar lain yang dinyatakan dalam bahagian Maklumat Undang-undang di laman web Syarikat atau dalam Terminal Perdagangan Syarikat, yang tersedia di: https://olymptrade.com/pages/about/legal/.
6.2. Sekiranya berlaku percanggahan antara Terma ini dan mana-mana penerangan pemasaran atau antara muka, peruntukan Terma ini akan diutamakan.
6.3. Syarikat berhak untuk mengubah suai Terma ini pada bila-bila masa. Sebarang kemas kini akan berkuat kuasa sebaik sahaja disiarkan, kecuali dinyatakan sebaliknya.